Thursday, January 13, 2011

Aku Ada Kerna Kau Pun Ada

Awak
Saya tau..awak sedang sibuk sekarang
Tak mengapa
Saya tak akan ganggu awak
Saya faham situasi awak
Saya cuma ingin meluah rasa dalam hati ini

Saya tau...awak tertekan...sangat tertekan mungkin
Awak selalu luahkan dekat saya pasal kerja awak yang tak pernah habis..
Hurm..mungkin bagi anda yang membaca mungkin berkata dalam hati..
"ala...kerja...biaselar tuh..xkan pernah habis"
Yupss...memang....kerja xkan pernah habis...tapi situasi awak berlainan

Tiap-tiap malam kita bersembang melalui telefon..
Tak pernah sekalipun awak tak luah dekat saya tentang kerja awak
Kerja awak yang sangat banyak...yang sepatutnya dibuat oleh 3 org...
Hanya awak seorang yang dikerah...mungkin anda yang pernah melalui situasi ni akan faham

Saya hanya mampu mendengar aje awak, berkali2 saya cakap dekat awak yang saya tak mampu nak buat apa2..hanya mampu mendengar...ada jugak saya bagi pendapat dekat awak..
Tapi...rasanya tak akan berguna...kerana kerja awak bukan seperti penjawat awam...
Awak pernah juga menjelaskan situasi kerja awak pada mereka kan..tapi sedihnya....
Masih ramai yang tak faham...

Awak tau tak....kadang2 saya menangis sebab mereka perlakukan awak macam tu
Suruh buat kerja yang macam2...maksud saya bukanlar tak bole buat kerja di luar skop kerja awak...tapi mereka harus tau...tenaga seorang manusia bukan seperti ROBOT!!!.
Awak selalu cakapkan...awak dah macam robot dah....

Awak jugak pernah kata..kalau lar bole awak bertukar keluar...tapi mungkin agak susah...
Sebab apa...sebab awak tak pernah melawan pada pihak atasan...
Kalau pegawai suruh buat kerja...awak buat....walaupun dalam hati awak berkata2..."kenapalar aku ajerk yang dipandang...kenapalar staf lain yang tengah bersenang-lenang tu x dibagi task"
Pernah terkeluar dari mulut awak yang awak luahkan dekat saya..
"Sampai hati diorang buat Bie macam ni kan...xpelah...mungkin ini dugaan...Bie terima jelar.."

Sampai bila awak nak macam ni kan.....
Saya tau...awak menjadi rebutan pegawai atasan sebab awak rajin...
Awak baik...Awak bagus buat kerja..
Kalau tidak...masakan pegawai dari tempat kerja lama awak mahu awak kembali semula..
Tapi...demi nak menjaga hati pegawai2 dari tempat baru awak ni...awak katakan yang awak selesa di tempat baru...awak terpaksa menolak tawaran hanya kerana nak menjaga hati pegawai di tempat baru...
Muliakan hati awak...tapi kenapa mereka sampai hati buat awak macam ni...
Awak tak pernah merungut pasal kerja awak depan mereka...
Awak hanya luahkan pada saya....hanya pada saya...

Dan satu2nya cara awak untuk mengurangkan tekanan dengan mendengar suara saya..
Kadang2 awak sanggup jumpa saya di KL sebab awak akan rasa lega lepas dapat menghabiskan masa bersama dengan saya walaupun sekejap.
Terima kasih sebab awak tak pernah mengabaikan saya walaupun awak tengah serabut...
Hurm...saya rasa itu saja yang saya nak tulis...
Saya takkan susahkan awak....
Segala kegembiraan & kedukaan kita kongsi bersama...
Saya sayangkan awak...
Saya juga memahami awak...

Harap mereka2 juga dapat memahami apa yang awak rasa...

No comments: