Friday, February 18, 2011

Kalau berkawan buat cara nak berkawan.Ok!

Semua orang boleh berkawan tapi tak semua orang boleh biasakan diri dengan kawan-kawan barunya. Contoh terdekat aku sendiri. Aku agak lambat sikit nak menyesuaikan diri dengan orang yang baru aku kenal. Sebabnya aku bukannya orang yang ringan mulut bertanya, 'eh sapa nama yer...b4 ni kerja dekat mana?..awak dah makan?..mehlar join saya makan sekali..'. Maaf..itu bukan cara aku. Kalau nak pun aku  akan senyum dan tegur secara biasa-biasa ajer. Aku akan betul-betul biasakan diri dengan kawan-kawan baru selepas sebulan. Bukan nak berlagak sombong tapi memang cara aku macam tu, kalau aku rasa aku boleh sekepala dengan diorang aku xdehal untuk jadikan diorang member kamcing aku tak kisah lelaki or perempuan. Kalau tak sekepala aku akan berkawan jugak tapi takdelar kuar perkataan bodo..setan..bongok kat dorang kan!! Kang sentap lark.

Sebenarnya aku nak cerita pasal seseorang ni. Dia ni lelaki aku namakan dia N jelar yer. Dulu b4 aku pindah ke Sungai Besi aku duduk dengan family aku dekat Serendah, Rawang. So aku akan naik Komuter dari Putra ke Rawang & aku selalular nampak si N ni pon tunggu Komuter. Tapi aku tak amik port pon sebab aku buat hal sendiri jerk tak kuasa aku nak bertegur sapa dengan umat kat situ. Aku perasan N ni asik tengok2 aku, apehal pulak mamat ni..aku dahlar pantang kalau ade orang duk tengok2 aku. Aahh lantaklar janji dia tak kacau aku sudah. Nak dijadikan cerita, aku duduk sebelah dia sebab penat aku berdiri dah tu Komuter pulak lambat dengan ramai orangnya. Tetiba dia tegur..'lambatlar tren ni kan'. Aku juz cakap..'haa' jerk. Pastu dia tanya lagik, aku sebenarnya malas nak layan tapi yerlar kata orang Malaysia so perlulah berbahasa. Lebey kurang macam ni lar perbualan kami.
N : awak keje kat mane?
Aku : kat The Mall..
N : Company ape yerk?
Aku : Kementerian Bla...Bla....Bla....
N : owh...jawatan ape kat situ..
Aku : PA...(malasnya aku nak layan mamat ni..nyesal duk sebelah..)
N : Saya N...nama awak ape?
Aku : (banyak tanyelar dia ni....) Dieya (sebenarnya aku bagi nama penuh tapi kat sini dieya jelar yerk)
N : awak..bole tak saya nak mintak no phone awak.
Aku : ishkk...nak buat ape pulak...tak payahlar..
N : ala bolelar awak, saje jerk saya nak simpan
Aku : Nak buat apa pulak simpan no saya ni. Tak payah

Lepas dia asik desak2 n kate nak guna untuk kerja jerk aku pon bagilar..(napelar aku bagikan...menyesal lagik..)..esoknya aku tengok dia macam dah tertunggu-tunggu aku. Sebab apa aku cakap macam tu, coz bila aku sampai jerk dia asik tertoleh2 then senyum. Dalam hati aku kate xleh blah betol. Siap soh duk sebelah dia lagik, Wa tolong Dieya!!!huhu...Dia selalu gak anta mesej kat aku n aku balas pendek2 jerk. Janji aku balas. Lepas tu kerap lar jugak dia mesej pastu aku da tak balas. Ni yang aku malas bagi no phone ni, makna tersirat rupanya. Lepas tu anta mesej bergambar lar..Allooo..orang dah tak main lar sume tu..geli jerk. Sume mesej mamat tu aku bagi Wa baca. Beselar..aku ni GF yang setia, hehe.Aku pernah cakap kat N yang aku dah berpunya tapi still jugaklar anta mesej kat aku. Maaflar, aku tak berminat nak beramah mesra..sory yerk.

Bila dia anta mesej jerk aku tak reply, sampailar ari Rabu baru ni dia send kat aku kata aku sindir dia. Oohh Man!!! celah mana pulak aku sindir ko. Anta mesej kat ko pon aku tak pernah, nak reply mesej ko pon jarang-jarang. Aku dah cakap awal-awal kat ko yang aku ni liat nak balas mesej ngan orang yang aku x bape kenal ape lagik nak angkat call. Aku dah mention dulu kat ko kan. So tak payahlar nak timbulkan isu sindir ke ape ker. Dan aku dah berpunya..(tak kisahlar kalo korang nak cakap..'ala..belum kawin lagik nak setia buat ape?'...) Xpe..x kisah korang nak cakap ape pon cakaplar. Yang penting aku setia dengan Wa sebab setiap perbuatan tu akan berbalik pada kita jugak. Dan pada N, aku tak terkesan pon dengan mesej ko tu. Sebab aku belum anggap ko kawan aku secara sepenuhnya. Maaf!

Oleh sebab itu, aku sangat memilih kawan.

No comments: