Tuesday, March 8, 2011

Aku Kenapa...Kenapa Aku??

Jari sedang menaip laju.  Lagu Alejandro dari Lady Gaga sedang berkumandang di WMP. Kepala sedang pusing. Badan terasa seram sejuk. 

Dari semalam aku terasa macam tak sedap badan tapi batuk-batuk biasa saja.  Pagi tadi bangun, tekak rasa perit petanda tekak tidak sihat. Sempat lagi kejutkan Wa bangun pagi. Capai tuala terus ke bilik air. Buurrrrrr....sejuk gila bai. Keringkan badan, pakai baju, tepek bedak, pakai tudung...siap!. Bukak jendela, hujan rintik kat luar tapi tak kuyup kalau aku redah. So payung...kau sila tinggal di rumah.

Menapak ke LRT, perjalanan aku pagi itu x selincah sebelumnya. Kalau tak mahunya 1KM aku tinggalkan member aku berjalan dengan langkah longlai kat belakang. Tapi pagi ini berbeza. Pukul 7.22 pagi tren pon sampai. Aku berdiri takde tempat untuk aku duduk. Dalam 10 minit aku dah rasa lain macam. Kaki terasa sejuk, nafas aku tercungap-cungap, pandangan kabur. Tiba-tiba dari berdiri aku terus terduduk. Menahan dada yang sakit akibat sesak nafas. Orang sekeliling pun buat hal masing-masing. Ok xpe, aku amik kesempatan tu untuk rehatkan diri aku.

Then aku berdiri balik manalar taukan aku dah ok ker. Tapi tak lama lepas tu pandangan aku kabur balik, terduduk lagi aku. Dan sekali lagi manusia sekeliling buat aku macam tak wujud, sekurang2nya bagilar aku duduk barang seminit dua nak lepaskan rasa sesak kat dada aku ni. Lepas tu kalau aku dah ok aku boleh bangun, takde masalah. Tapi mereka tak hiraukan aku. Tak mengapa, destinasi aku pun dah sampai ke penghujung. Sampai pejabat aku memang dah rasa tak larat sangat. Rehatkan kepala kejap & now dah rase ok sket walaupun pandangan aku still berpinar. Kaki tangan aku terasa sejuk jerk. 

Harap tak berlaku sesuatu yang buruk.





No comments: