Wednesday, January 12, 2011

Melodi nieeeee!!!!!!!!!!!!!!!


Kalau anda mengikuti siaran Melodi pada ahad lepas, semestinya anda sudah sedia maklum mengenai satu ‘isu hangat’ dimana seorang remaja bernama Angelina membuat pengakuan ekslusif kepada Melodi yang dia adalah anak kepada seorang artis wanita. Tambah memeranjatkan, dia mengaku yang dia adalah anak tidak sah taraf artis tersebut.


Antara kandungan SMS yang ditunjukkan.


Walau bagaimanapun, semasa wawancara antara Michelle dan remaja tersebut, nama artis yang dikatakan ibu kepada remaja tersebut tidak dinyatakan atau lebih tepat di-tut-kan sehingga menjadi teka-teki kepada penonton mengenai siapakah artis yang dimaksudkan itu. Yang ada cuma hint berupa sekeping gambar artis tersebut yang telah diblurkan.


Walaupun Melodi cuba menyembunyikan nama artis yang dikatakan ibu kepada remaja tersebut dan hanya menunjukkan gambar yang telah di’blurkan, tapi pada akhir rancangan, Melodi mungkin secara tidak sengaja atau terlepas pandang telah ‘membocorkan rahsia’ mengenai artis wanita yang dikatakan adalah ibu kandung kepada remaja tersebut.

Buktinya…



Jadi persoalannya sekarang, benarkah Angelina tu anak Watie?

Sumber : ZonArtis

Caya x caya????? Tapi yang sebenarnya................




Straight to the point. Untuk pengetahuan anda semua, abang ipar Watie telah membuat kenyataan bahawa Angelina sememangnya adalah anak kepada Watie Elite dan pengakuan yang dibuat oleh Angelina mengenai dia adalah anak tidak sah taraf juga tidak benar sama sekali kerana Angelina dilahirkan hasil pernikahan Watie dengan bekas suaminya 15 tahun dahulu.

Berikut adalah kenyataan abang ipar Watie itu:

Memang gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.

Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.

Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu anaknya, namun hasratnya dihalang oleh mereka.

Menurut abang ipar Watie lagi, apa yang berlaku ini adalah bermotifkan duit. Ini kerana, ibu angkat Angelina itu sudah menjadi ibu tunggal dan sedang kesempitan wang. Jadi mereka menggunakan Angelina untuk mendapatkan wang daripada Watie. Tapi disebabkan Watie enggan memberikan wang, perkara ini berlaku dengan niat untuk mengaibkan Watie.

Sumber : ZonArtis

Entahlar.....dunia sekarang...wartawan pon bukan leh pecaye sgt....

No comments: